karya nukilan dari saya

disini Luahan rasa dan inspirasi dicetus untuk diluahkan dalam sebuah coretan panjang.. dalam naskah berdakwat pena.. sekira dihati tidak berkenan.. ia hanya novel ciptaan.. tidak suka tidak apa.. kepada pembaca.. yang meminati.. terima kasih saya ucapkan.. saya sangat menghargai segala komen dan pandangan juga cadangan.. marilah sama2 kita jadikan ikhtibar disebalik cerita yg penuh konflik yg bergelar HAKIKAT..

Rabu, 5 Mei 2010

SINGGAHSANA JAUHARI

 Hening malam menjelma dengan begitu kelam. Terdengar sahutan unggas malam dan serigala cukup melengkapkan unsur seram yang terpaut dalam perasaaan Nora Faridah.Hari inin Nora terpaksa berjalan pulang berseorangan kerana Maria Kareena rakan sejawatnya tidak hadir bertugas. Memandangkan Taman Sri Alphinia adalah penempatan baru dibina,jadi tidak banyak rumah banglo dua tingkat ini berpenghuni. Nora  terasa diekori dari belakang telah sekian lama. Bertambah risau Nora dibuatnya.Makin laju langkah Nora,makin laju langkah orang yg mengekorinya.langkah Nora terhenti apabila bahunya ditepuk dari belakang.. Nora kaget tersentak tatkala diperlaku begitu.


Mak Nab tidak henti-henti mentertawakan Farid Zain yang dari tadi mengerang kesakitan sambil menyentuh lebam-lebam dimuka dan tubuhnya. "aduh Nora, pelan-pelan la sikit, sakit ni tahu tak!," marah farid apabila Nora agak kasar menyapu ubat. Eh,banyak cekadak la pula kau ni ya Farid,sendiri cari penyakit, yang pergi sergah aku macam perogol bersiri tu apa kes? kan dah dapat upah,"bebel Nora sambil menekan-nekan lebam farid yg beransur surut dgn kuat. "manalah aku tahu kau jadi pegawai polis, aku ingatkan kau amik kos undang-undang jadi peguam ke, suri rumah ke.Bisa-bisa badan aku kau kerjakan,sapalah lelaki malang yang dapat kau nie kan Nora." Nora bingkas bangun dan menghadiahkan Farid dengan piatan manja ditelinga Farid sambil berjalan menuju ke dapur membawa kotak ubat. Bapa Nora adalah abng kepada bapa Farid.Keserasian Farid dalam keluarga Nora bertambah kuat apabila Farid dibela Mak Nab dari kecil dan mak nab juga menjadi ibu susuan Farid.Jadi Farid sudah sebati dalam keluarga Nora..



Farid terencot2 keluar mengambil angin di laman rumah.. malam yg terang kadang2 buat dia terbayang kasih orang jauh yg dicintainya.. sudah tentu ayahnya yg berlegar2 dalam ingatan..
masih ingat  akan farid tentang perselisihan dia dengan ayahnya.. sikap sederhana farid merisaukan ayahnya... masakan tidak ayahnya memiliki perniagaan makanan yg diusahakan dari turun temurun keluarga..tapi sifat farid yg suka kebebasan menghirup hidup yg bebas.. ijazah luar negeri diabadikan dalam dalam bingkai didalam biliknya..ayahnya ayah tunggal..adik beradik dan ibunya sudah lama meninggal dunia akibat tragedi berdarah yang mendapat liputan luas media massa tempatan.. takdir membiarkan farid hidup dalam kekesalan..sudah lama farid memaafkan dosa dan kesilapana ayahnya.. akibat dari sikap ayahnya panas baran.. dan sikap farid juga yg suka bergaduh dengan kembarnya di tempat duduk penumpang.. ayahnya berhentikan kereta di petak kecemasan lebuhraya plus ketika dalam perjalanan ke alor star menziarahi saudara disana..dalam kemarahan itu ayahnya En.Fahmi membuka pintu pemumpang mendapatkan farid dan membelasah teruk tanpa memikirkan bahaya bakal tiba.. farid yg tidak tahan ketika itu baru berumur 17 tahun melarikan diri ke belukar..En. Fahmi mengejar mendaptkan Farid..
tiba2 dalam pergelutan itu.. dua lori yg berjalan seiringan akibat tidak berjaya untuk memotong menyambar kereta dan penghuni didalam kereta En. fahmi.. keluarga En fahmi yg berada didalam kereta itu diseret..lori dilorang kanan hilang kawalan dan memakan jalan di arus berlawanan..
tragedi berdarah itu cukup mengakibat kehilangan arah hidup bagi kedua beranak itu..
dan kerana tragedi itu mereka lebih rapat dan menghargai hubungan yang selama ini mereka anggap tuhan salah meletak.. siapa dia sebagai anak mengatakan ayah berdosa pada anak2..
membenci ayahnya sendiri paling dibenci oleh rasul utusan allah..






Dalam lamunan terhenti itu dilihat atas bawah wanita yang tidak perasan akannya kehadiran nora yang dari tadi menyengih cuba melucukan hati farid..sedangkan farid sedikit tidak berasa lucu.. malah farid membuat muka sombong tanda protes dari pembulian nora yang lemah lembut akan tetapi kerjayanya buat dia nampak kasar dan tegas..
"dah pegi ziarah arwah"
"dah"
"ayah ami sihat tak"
"sihat je"

"oo"
"oo"
"lu kenapa mat.. touching ke.. ala xkan pasal tadi nak marah lagi kot..cepuk agi kang"
"bukanlah.."
"abis tu"
"rindu pada yg hidup dan yang dah pergi"
"ermm.. kita doakan kebaikan untuk mereka ye farid..nora pun rindu kat fahrin..tgk muka farid ingat kat arwah..dah xmau sedih2..kite masuk dalam jom.. mak dah sediakan makan malam tu.."

perbualan terhenti..diserta bunyi2 cengkerik mematikan kesunyian malam itu..



Tidur yang tidak cukup dan sakit2 badan buat farid lebih byk berehat didalam kereta mendiamkan diri..Nora atas prihatin dia memandu kereta farid sampai kerumah farid 10km dari rumah keluarga angkatnya..sampai didestinasi.. adik nora gihan membantu farid..
farid betul2 tiada mood pagi itu.. dengan gaya dan nada lemah meminta izin masuk kerumah dan mengucapkan terima kasih yang tidak ikhlas pada nora.. sikap itu memang disenangi nora.kerana sama dengan arwah fahrin.. walau fahrin tidak rapat dengan keluarga nora..tapi nora penah menyimpang perasaan pada arwah walau dilarang sama sekali dalam hukum islam..
kemalasan farid begitu buruk..sampai dinding dan apa sahaja isi rumah itu di seret badannya.. melanggar segalanya bagi menampung badan yg malas.. lagak pemabuk jika dilihat..tidak sempat kebilik,sofa menjadi "human charger" untuknya..telefon bimbit di campak ke atas meja lampu..30 miss call tidak diendahkannya..ada yang lebih penting untuk dilaksanakan..beradu untuk mengecas semula tenaga jantan untuk dia tempuh petang nanti bersama teman2 bermain futsal..
malamnya ada latihan piano untuk majlis temannya..